Buku: Tarbiah Sentap

tarbiah-sentap
Kredit gambar: bukuonline2u.com

Saya telah membeli buku Tarbiah Sentap ini pada hari Sabtu 26/12/2015, 6 petang, di jualan terbuka MPH di KLIA2. Pada ketika saya membeli buku ini, saya merasa amat reda dengan setiap ketentuan Allah SWT. Ini kerana pada pagi tersebut, saya sekeluarga telah terlepas penerbangan ke Lombok, Indonesia. Ada kalanya kita telah membuat persiapan terbaik, tetapi jika telah ditakdirkan, maka tiada siapa mampu mengubahnya. Saya tertinggal beg yang mengandungi passport. Dan selanjutnya menjadi sejarah sebagai iktibar di masa hadapan.

Buku Tarbiah Sentap, hasil karya Adnin Roslan berjaya menarik perhatian saya. Sememangnya pada ketika ini saya mencari-cari buku yang membincangkan keadaan masyarakat sekarang. Masyarakat kini makin keliru. Secara luaran, kita mahu dilihat sebagai golongan muslimin, tetapi secara dalamannya kita tidak mengamalkannya. Ramai yang telah di “hack” secara dalaman. Buku ini bakal memberi sentapan agar kita terus sedar antara apa yang patut dan menjadi kebiasaan masyarakat zaman sekarang.

Bagi yang tertanya-tanya dan ingin dapatkan jawapan, buku ini bakal mengubah anda. Buku ini boleh dibeli secara online. Klik disini.

Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments