Idea: Block D Student Center, Bestari Business Center dan Pondok Bestari





Kolej Kediaman Keempat mempunyai banyak ruang yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya atau kurang sesuai dari segi penggunaannya. Antara lokasi yang dikenalpasti adalah Lobi Blok D, Bilik Gerakan Blok D dan tapak mesin basuh Blok D.

Saya telah diminta oleh pengetua untuk memberi cadangan supaya kita dapat mengoptimumkan kawasan-kawasan tersebut untuk kegunaan pelajar dan pihak kolej. Berikut adalah beberapa pemerhatian dan cadangan daripada saya.

5 KOMPONEN UTAMA KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT
1. Blok Penginapan (A,B, C & D) yang dilengkapi dengan kemudahan asas bilik, pantry, bilik rehat, mesin basuh dan sebagainya.
2. Zon Aktiviti Pelajar (Bilik JTK, Dataran Bestari, Bilik Sukan, Bilik Seni, Bilik UMCares, Bilik Seminar, Bilik VIP dsb)
3. Zon Sukan (Gelanggang Serbaguna, Gelanggang Blok D, Gelanggang Badminton, Gelanggang Sepak Takraw)
4. Zon Hijau (kolam, hutan, taman herba, tanaman pokok sekitar kolej dsb)
5. Zon Perniagaan (kedai runcit, kedai makan dan kedai dobi)

Walaubagaimanapun penggunaan ruang lobi blok D, bilik gerakan blok D dan tapak mesin basuh hadapan blok D pada ketika ini dilihat sebagai kurang bersesuaian dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

MATLAMAT
Mewujudkan STUDENT CENTER di Lobi Blok D, BUSINESS CENTER di Bilik Gerakan Blok D dan PONDOK BESTARI di tapak mesin basuh.

OBJEKTIF
1. Lobi Blok D diolah semula bagi membentuk beberapa segmen Ruang Belajar, Ruang Tonton, Ruang Santai, tapak vending machine, water cooler dan mesin basuh.
2. Bilik Gerakan Blok D ditukar menjadi ruang perniagaan. Konsep yang akan diaplikasikan ialah menyediakan lot utk penyewa. Dianggarkan 8 lot dapat disediakan.
3. Tapak mesin basuh Blok D ditukar menjadi Pondok/Gazebo. Ini bertujuan bagi meningkatkan pengunjung dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik. Dinding di luar Blok D boleh dijadikan ruang iklan.

JUSTIFIKASI
1. Lobi Blok D digunakan untuk pelajar rehat, belajar dan bersantai tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Keadaan persekitaran dan susun atur yang kurang menarik.
2. Bilik Gerakan Blok D dilihat tidak bersesuaian kerana laluan ke bilik tersebut melalui pintu masuk Blok D. Ini menimbulkan ketidakselesaan pelajar lelaki apabila pelajar perempuan terpaksa melalui kawasan lobi blok D.
3. Tapak mesin basuh di bahagian depan blok D kurang sesuai. Orang luar dapat melihat aktiviti cucian pelajar.

Kesemua cadangan diatas adalah dari saya dan bukan mewakili pihak pengurusan Kolej Kediaman Keempat. Berfikir adalah satu senaman otak. Menulis adalah satu kemahiran. Jika berminat untuk mengetahui cadangan penuh dari saya, boleh menghubungi saya melalui emel.

Kolej Kediaman Keempat merupakan sebuah Kolej Kediaman di Universiti Malaya. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://kk4.um.edu.my/



Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments