Projek: Bilik Kuantitatif Matematik PASUM





Pada mesyuarat bahagian matematik bertarikh 9/12/2015, Rabu, mesyuarat telah bersetuju untuk melantik saya sebagai pengurus Bilik Kuantitatif Matematik di Aras 2 Kompleks PASUM. Bilik tersebut telah diberikan kepada bahagian matematik bagi tujuan penyelidikan, perbincangan dan sebagainya.

Jika tidak digunakan sepenuhnya, bilik tersebut akan ditarik semula oleh pihak pengurusan. Berikut adalah beberapa tindakan yang telah saya ambil dan difikirkan perlu dalam menguruskan sesebuah bilik penyelidikan.

Membentuk 1 jawatankuasa kecil yang terdiri daripada:

  • Penyelaras
  • Pengurus Komputer & Perisian
    – pastikan software matematik seperti matlab, spss, codeblock dan endnote telah di install
  • Pengurus Publisti
    – membuat promosi bilik kepada semua pihak
  • Pengurus Aset & Kemudahan
    – menyusun kemudahan yang ada
  • Pengurus Pengguna & Keselamatan
    – membuat garis panduan penggunaan dan tampal di papan notis di luar bilik

Adalah diharapkan agar Bilik Kuantitatif Matematik ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga PASUM.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Asasi Sains UM (PASUM), layari  http://asasi.um.edu.my/



Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments