Tutorial: Membuat Analisa dari Hasil Kaji Selidik Menggunakan Excel




Menjadi satu kewajipan bagi sesebuah Kolej Kediaman menjalankan kaji selidik bagi menilai kepuasa pelanggannya iaitu pelajar-pelajar yang menghuni kolej kediaman tersebut. Menjalankan kaji selidik bagi 600 pelajar yang melibatkan lebih 30 soalan sememangnya mencabar. Anaslisa perlu dilakukan dari pelbagai sudut iaitu jantina, jenis program, tahun belajar, aras penghuni dan setiap soalan perlu dianalisi secara terperinci.

Setiap pelajar diberi borang kaji selidik dan perlu mengisi secara manual. Kemudian Ketua Aras akan masukkan maklumat di dalam excel. Untuk menjadikan satu laporan analisa dan graf perlu dihasilkan. Saya telah diminta untuk menerangkan secara ringkas cara membuat analisa menggunakan data yang diberi di dalam bentuk Excel. Kaedah yang saya tunjuk ini adalah salah satu teknik dan saya pasti ada cara lain untuk melakukannya.

1. Buka file excel yg telah disediakan.

2. Jika dilihat di bahagian bawah, ada 10 floor bermula dari B200 sehingga C300

Inline image 1

 3.Kita ambil B200 sebagai contoh. Kalau nak lihat floor lain boleh klik tab floor tersebut.

4.Sekarang semua jawapan di dalam bentuk nombor 1,2 ,3,4 & 5. Kita perlu tukar nombor 2 berikut kepada bentuk perkataan asal:

1 Tidak Memuaskan
2 Kurang Memuaskan
3 Sederhana Memuaskan
4 Memuaskan
5 Sangat Memuaskan

5. Tekan Ctrl+H utk menggunakan aplikasi Find & Replace

6. Tukarkan kesemua nilai. Setelah selesai tekan Close

Inline image 3
7. Highlight salah satu column. Sebagai contoh, column:Tahun Pengajian
Inline image 4
8. Paste column tersebut di worksheet baru. Untuk create worksheet baru. Click pada icon Sheet di barisan tab dibawah
Inline image 5
9. Paste column tersebut. Letakkan Bilangan sebagai tajuk dan masukkan angka 1 bersebelahan setiap jawapan.
Inline image 6
10. Highlight kedua-dua column. Kemudian klik Insert->PivotTable. Pilih PivotTable
Inline image 7
11. Window berikut akan keluar. Klik OK
Inline image 8
12. Data akan dibuka pada worksheet baru. Enable Tahun Pengajian & Bilangan di sebelah kanan. Satu table akan kelihatan disebelah kiri.
Inline image 9
13. Highlight data pada table tersebut. Kemudian klik pada Insert->Pie. Pilih mana-mana bentuk pie.
Inline image 10
14. Siap. Copy graf pie tersebut ke document utk laporan atau powerpoint utk pembentangan
Inline image 11
15. Ulang semula 1-14 utk setiap floor lain. Jika anda hendak buat keseluruhan pelajar, perlu gabungkan kesemua floor terlebih dahulu.Selamat mencuba.

Kolej Kediaman Keempat merupakan sebuah Kolej Kediaman di Universiti Malaya. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://kk4.um.edu.my/




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments