Tutorial: Pengisian Markah Kuiz Tutorial Melalui Google Drive




Mesyuarat Matematik, Jumaat 22/1/2016, 11 pagi telah bersetuju untuk menggunakan Google Drive sebagai alternatif kepada pengajar tutorial (pensyarah, guru & part-timers) untuk mengisi markah kuiz tutorial pada masa yang sama masih mengekalkan kaedah lama pengisian iaitu mengisi di komputer yg telah ditetapkan di makmal BK2.

Ini bermakna pengajar mempunyai 2 pilihan samada mengisi melalui Google Drive atau di BK2. Akhir sekali Pengurus Markah perlu merge kedua-dua excel di Google Drive & BK2. Saya telah diminta untuk memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan. Sebagai perkongsian, berikut adalah langkah-langkah utk create file markah dan share kepada user menggunakan Google Drive bagi Admin dan Pengajar Tutorial:

Admin
1. Login ummail (atau akaun gmail anda)

2. Klik pada kotak kecil di penjuru kanan atas. Pilih Drive.

Inline image 3
3. Kemudian klik pada NEW, dan pilih File Upload. Upload File Subjek yang hendak diiisi markah. Contohnya  FJAX0112-Calculus-Hayat2-SEM1-1516.xls (Kod-Nama Subjek-Kumpulan-SEM-Sesi)
Inline image 4
4. Fail tersebut akan diupload ke Google Drive
Inline image 5
5. Klik pada file tersebut
Inline image 6
6. Kemudian gerakkan mouse ke icon “+orang” di sebelah atas kanan

Inline image 7
7.  Satu window akan muncul. Sila masukkan emel kesemua pengajar mengikut subjek. Kemudian tetapkan Can Edit. Masukkan pesanan ringkas dan klik send.

Inline image 10

8. Selesai. Penerima akan memerima emel untuk memaklumkan mengenai akses fail tersebut.9. Ulang semula 1-8 untuk subjek lain.

*Senarai pengajar tutorial mengikut subjek boleh diperolehi dari Pengerusi Bahagian Matematik.

Pengguna (Pengajar Tutorial)

1. Pengajar Tutorial akan menerima emel makluman.

2.Kilik pada link tersebut atau Open

Inline image 11
3. Excel file akan dibuka. Untuk edit (isi markah), klik pada Open dibahagian atas atau melalui dropdown menu, pilih Google Sheets.
Inline image 12
4. Fail akan dibuka dan anda boleh mula edit.
Inline image 13

5. Fail akan di “Save” secara automatic. Selepas selesai, boleh close browser.

6. Untuk semakan semua changes, boleh klik pada All chages saved in Drive di bahagian atas, bersebelahan menu.

Inline image 14
Inline image 15

Selamat mencuba.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Asasi Sains UM (PASUM), layari  http://asasi.um.edu.my/




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments