Cadangan: SOP Kewangan Aktiviti Pelajar KK4 – (Projek Penambahbaikan QMEC)





Salah satu agenda Pusat Pengurusan & Penambahbaikan Kualiti UM (QMEC) adalah memastikan kesemua PTJ di Universiti Malaya menjalankan Projek Penambahbaikan QMEC. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik bagi memastikan setiap PTJ mengambil langkah-langkah pro-aktif dalam meningkatkan kualiti di tempat kerja masing-masing.

Untuk sesi 2015/2016, Kolej Kediaman Keempat (KK4) telah mecadangkan penyediaan Standard Operating Prosedur (SOP) Kewangan Aktiviti Pelajar KK4, sebagai Projek Penambahbaikan QMEC KK4.

LATAR BELAKANG MASALAH

  1. Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman melibatkan kewangan. Anggaran diantara RM500.00-RM30,000.00 bergantung kepada saiz projek.
  2. Arahan Kerja yang terdapat di direktori QMEC yang berkaitan secara langsung tentang Aktiviti Pelajar adalah UM-PT09-PK01-AK016 URUSAN PELAKSANAAN PROJEK.
  3. Arahan Kerja tersebut hanya menjelaskan tentang memulakan projek dari mula sehingga akhir dan tidak menyatakan secara terperinci prosedur yang melibatkan kewangan.
  4. Prosedur yang melibatkan kewangan antaranya termasuklah Penyediaan Belanjawan, Pendapatan (Peruntukan JTK, Wang Penyertaan, Wang Tajaan, Wang Jualan, Wang Pelabur, dsb), Perbelanjaan (Wang Pendahuluan Aktiviti Pelajar, Perolehan, Tempahan Makanan, Pembayaran Perkhidmatan, Tuntutan Wang) dan penyedian Laporan Kewangan (Semasa, Akhir dan Bulanan JTK)

SEBAB

  1. Ketiadaan Standard Operating Procedure (SOP) Kewangan Aktiviti Pelajar yang jelas dan perlu sentiasa dikemaskini.
  2. SOP Kewangan Aktiviti Pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti pengurusan kolej, aktiviti pelajar, penghuni kolej dan sebagainya. Faktor luaran seperti ketetapan Bendahari UM, QMEC, Audit SIRIM dan sebagainya
  3. Ini menyebabkan SOP Kewangan Aktiviti Pelajar bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi memenuhi keperluan semua pihak terbabit

KESAN

  1. Ini menyebabkan maklumat yang diberi kepada pelajar tidak konsisten dari segi format dan syarat-syarat serta menimbulkan kekeliruan dipihak pelajar.
  2. Ini sekaligus menyebabkan proses kewangan aktiviti pelajar seringkali tergendala dan menyebabkan kelewatan dalam melaksanakan aktiviti

 

Jika berminat untuk mengetahui cadangan penuh projek ini, boleh menghubungi saya melalui emel. Kolej Kediaman Keempat merupakan sebuah Kolej Kediaman di Universiti Malaya. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://kk4.um.edu.my/




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments