Buku: Nahu Mudah

nahu_mudah
Kredit gambar: www.telagabiru.com.my

Buku pertama saya untuk belajar Bahasa Arab iaitu Nahu Mudah keluaran Telaga Biru Sdn Bhd telah dibeli pada 20 Disember 2012. Setelah hampir 3 tahun tidak disentuh, saya telah bertekad untuk menyiapkan buku kerja tersebut bermula pada 11 Februari 2016. Berbekal dengan keazaman dan ketabahan, Alhamdulillah saya telah berjaya mengharungi setiap helaian dan berakhir pada jam 4 petang, 26 Februari 2016.

Oleh kerana terlalu teruja dengan pencapaian ini, saya merasakan perlu untuk berkongsi beberapa pengalaman sepanjang usaha ini.

  1. Jangan memandang mudah kepada mana-mana buku. Lebih-lebih lagi ilmu yang disediakan walau mudah mana sekalipun.
  2. Kita mestilah menghormati ilmu.
  3. Berpegang kepada kata-kata hikmah “Successful people finishes what they starts”

Sebenarnya ia mengambil saya masa selama 3 tahun untuk membuat persediaan bagi memulakan buku latihan ini. Sepanjang 3 tahun ini, saya telah mengikuti kelas Bahasa Arab secara sambilan iaitu pada setiap hujung minggu dalam 4 jam sehari. Bukan mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru. Apatah lagi secara sambilan.

Sepanjang mengikuti kelas, banyak buku Bahasa Arab yang telah dibeli dan tersusun cantik di rak buku. Saya telah bertekad bahawa sebelum saya memulakan mana-mana kelas Bahasa Arab yang baharu, saya mesti selesaikan buku-buku yang sedia ada dahulu. Kejayaan sesorang manusia bukan atas usaha dan kekuatannya tetapi sejauh mana dia menjaga adab-adab dalam kehidupannya.

Bagi yang ingin mempelajari Bahasa Arab dengan peringkat permulaan, saya cadangkan bermula dengan buku Nahu Mudah ini. Buku ini menggunakan pendekatan belajar Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu.

Buku ini boleh dibeli secara online. Klik disini.

Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments