Buku: Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna

Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna
Kredit gambar goodreads.com

Alhamdulillah, pada 7 November 2016, Isnin, saya telah berjaya untuk mengimbas lalu buku Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna. Buku ini saya telah beli pada tahun 2015.

Buku ini dikarang oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Jika direnung kembali, kali terakhir saya mengikuti kelas belajar solat adalah ketika kelas KAFA waktu kecil dahulu. Seterusnya pembelajaran diteruskan melalui kuliah yang dianjurkan di masjid-masjid.

Pelbagai khilaf yang wujud dan pentingnya kita mengetahui nas-nas, sumber sahih yang perlu diikuti. Apa yang menarik mengenai buku ini ialah ianya menghuraikan keadaan solat semasa rakyat di Malaysia dan menjelaskan perbezaan dengan mazhab lain.

Buku-buku boleh dibeli secara online di bookcafe.com.my

Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments