Kongsi: Perjanjian Pembantu Rumah




Baru-baru ini, setelah mendapat anak yang keempat pada 25 Februari 2017, saya sedar bahawa kerja menguruskan hal-ehwal keluarga terutamanya di rumah semakin mencabar dan di luar kemampuan saya. Saya mempunyai 4 orang anak; 7 tahun, 4 tahun, 2 tahun dan bayi. Kesemuanya memberi cabaran tersendiri.

Bagi anak 7 tahun, cabaran adalah dari segi persediaan baju sekolah bagi kegunaan sepanjang minggu. Anak ini juga memerlukan masa kita untuk bertanyakan hal-hal persekolahan.

Bagi anak berumur 4 tahun. Anak ini dihantar ke tadika. Persediaan pakaian dan kelengkapan sekolah bagi sepanjang minggu perlu disediakan. Di umur 4 tahun, anak ini juga berkehendakkan perhatian ibu bapa yang tinggi.

Bagi anak berumur 2 tahun. Anak ini dihantar ke taska. Persediaan untuk sepanjang minggu juga diperlukan. Di umur 2 tahun, anak ini dalam pembesaran yang memerlukan ibu bapa sentiasa berdamping dengannya.

Bagi anak bayi pula, sudah tentu setiap masa ingin bersama ibunya!!

Selain daripada persediaan pakaian (yang memerlukan banyak masa; basuh, kering, lipat & seterika), kerja rumah lain seperti menyediakan makanan, membersihkan rumah, menyediakan tempat tidur, solat berjemaah, masa untuk membaca buku dan sebagainya perlu disediakan. Bagi memastikan keseimbangan dan keharmonian keluarga, kami telah memutuskan untuk mendapatkan pembantu rumah.

Bagi yang ingin melihat perjanjian pembantu rumah yang telah saya ubahsuai daripada beberapa sumber, boleh lihat di capaian berikut; Pdf, Word




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments