Projek: Ramadhan 1438H




Hari ini adalah 15 Mei 2017 bersamaan dengan 18 Syaaban 1438H. Tinggal 11 hari sebelum Ramadhan tiba iaitu pada 27 Mei 2017. Amatlah rugi bagi sesiapa yang mengharungi Ramadhan tanpa membuat sebarang persediaan.

Sebagai persediaan sebelum menghadapi Ramadhan, berikut adalah matlamat yang telah saya tetapkan:

  1. Membaca buku Madrasah Ramadhan – Selesai 15/5/2017
  2. Menghafal Surah Al-Ghasiyyah, Al-Fajr & Al-Balad
  3. Hayati makna bacaan dalam solat
  4. Hayati makna surah-suarah yang telah saya hafal

Bagi memantapkan pemahaman bahasa Arab, saya juga bercadang untuk mendengar seberapa banyak rakaman video Bahasa Arab di youtube dan membaca hadis-hadis Nabi SAW di dalam bahasa Arab




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments