Buku: Nabi Lut Melawan LBGT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis, dan kisah-kisah lain

Kredit kepada bookjannah.com
Kredit kepada bookjannah.com

Pada hari Khamis, 14/6/2018 bersamaan 29 Ramadhan 1438H, saya telah membeli buku bertajuk Nabi Lut Melawan LBGT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis, dan kisah-kisah lain di kedai buku Popular di Tesco Sungai Petani (S). Buku ini menarik minat saya kerana ia cuba menghubungkait kisah-kisah para anbiya dan bagaimana ianya masih releven untuk kita bersama-sama mengambil iktibar.

Masalah pada zaman sekarang telah pun berlaku pada zaman dahulu. Kisah-kisah ini telah dirakamkan di dalam kitab suci Al-Quran. Masalah-masalah seperti LBGT, sistem kapitalis, orang kaya yang suka menunjuk-nunjuk, golongan yang memuja sesuatu secara melampau dan banyak lagi. Semuanya bagaikan kitaran roda yang berulang semula. Terpulang kepada manusia untuk mengambil iktibar.

Jika berminat, boleh buat carian buku secara online disini.



Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments