Kongsi: Program Bina Insan Guru




Pada 11-13 Ogos 2018, seramai  42 orang terdiri dari Pensyarah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia dan Kolej Matrikulasi telah menghadiri Program Bina Insan 2018 di MS Cemerkau Chekas Resort, Ulu Dong, Raub, Pahang. Program ini merupakan program wajib bagi kursus Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Program ini memberi ruang bagi kesemua pendidik untuk membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari sepanjang kursus ini dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Latihan dalam Kumpulan (LDK), night walk, tazkirah, flying fox dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus Diploma Pascasiswazah Pendidikan atau lebih dikenali umum sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) boleh layari https://education.um.edu.my/




Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments