Buku: Hasan Al-Banna

Imam Hassan Al-Banna
Gambar kredit kepada e-sentral.com

Buku ini saya beli sekitar bulan Ramadhan 1439H (tahun 2018) dan berjaya habis dibaca pada 5 Februari 2019. Buku ini menceritakan kisah hidup perjuangan As Syahid Imam Hasan Al Banna. Sebelum ini, saya ada mendengar nama beliau tetapi tidak pernah mengetahui kisah perjuangan beliau.

Keinginan utk mengetahui insan hebat ini bermula sejak saya mula istiqomah membaca zikir Al-Mathurat. Saya mula membaca zikir ini semenjak 2015 di Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya. Zikir ini diperkenalkan oleh pelajar dan alhamdulillah, Allah SWT masih lagi kekalkan saya istiqomah mengamalkannya di awal pagi dan petang. As Syahid Imam Hasan Al Banna telah diberi tugas yang mulia oleh Allah SWT semenjak di usia muda untuk menjalankan dakwah di bumi Mesir. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, semua yang syahid fi sabilillah dan memilih kita untuk menjalankan usaha dakwah.

Share..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someone

Comments

comments