Buku: Biografi Muhammad Bin Abdullah

biografi-muhammad-bin-abdullah
Gambar kredit pts.com.my

Bersempena Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1440H, saya telah membaca semula buku Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Buku ini ditulis oleh Zulkifli Mohd. Yusoff dan Norr Naemah Abd. Rahman. Saya memilih untuk membaca buku ini kerana gaya penulisan yang mudah dan ringkas. Mengikut penulis, ianya ditulis sebigitu supaya mudah difahami dan dihayati bagi mereka bukan beragama Islam.

Pembacaan ini memakan masa beberapa hari dan Alhamdulillah telah selesai dibaca pada Khamis, 13/12/2018. Tujuan buku ini diaca tidak lain tidak bukan untuk mengingatkan kembali sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Segala susah payah yang telah dilakukan oleh Baginda untuk menyampaikan risalah tauhid kepada manusia. Pada hari ini manusia terlalu sibuk dengan hal dunia dan meninggalkan usaha dakwah mengajak manusia kepada Islam. Perkara ini telah pun diramalkan oleh Baginda SAW, 1400 tahun dahulu. Semoga Allah SWT pilih kita untuk jadikan tubuh kita, masa dan akal kita untuk berjihad di jalan Allah SWT.

Jika berminat, boleh buat carian buku secara onlineĀ disini.

Comments

comments