Buku: Hipster Hartanah

Gambar kredit galeriilmu.com.my
Gambar kredit galeriilmu.com.my

Buku ini kalau tidak silap saya beli pada tahun lepas, 2018. Alhamdulillah berjaya juga mencari masa untuk membaca dan selesai membaca pada 19 Ogos 2019. Buku ini merupakan perkongsian secara santai oleh Harith Faisal yang telah memulakan pelaburan hartanah bermula sekitar 25 tahun. Satu inspirasi bukan sahaja kepada anak muda tetapi yang telah banyak umur!

Untuk berjaya di dalam mana-mana bidang sekalipun memerlukan ilmu dan pengorbanan. Ramai orang gagal kerana tidak berusaha mencari ilmu atau terlalu takut untuk melakukan pengorbanan. Ada banyak sebab. Gaya penulisan yang sangat santai tetapi sangat informatif. Doakan saya dapat membeli rumah ketiga saya tahun 2020 (kena kumpul duit modal dahulu 15% :)).




Comments

comments