Buku: Abu Zhar Al-Ghifari

Kredit gambar pts.com.my

Alhamdulillah pada ahari Ahad, 10/5/2020, saya telah selesai membaca buku salah seoarang sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat hebat iaitu Abu Zhar Al-Ghifari RA. Buku ini telah dibeli pada 10/5/2013 di Pekan Buku Universiti Malaya. Syukur setelah 7 tahun Allah SWT berikan kesempatan untuk saya membaca buku sehingga habis pada 16 Ramadan 1441H.

Abu Zhar Al-Ghifari RA sememangnya sangat dikenali dengan kehebatan beliau berdakwah apabila telah mengubah seleuruh kaumnya di Lembah Waddan kepada kepercayaan agama Islam. Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dan sangat berhati-hati dengan harta. Pada pemerintahan Khalifan Uthman ibn Affan RA, beliau sangat lantang memperjuangkan golongan miskin dan cara pengurusan harta Baitulmal. Semoga Allag SWT merahmati beliau dan semua umat Islam.

Comments

comments